Saya diperkenalkan untuk shoot baju jubah. Yang penting dalam shoot baju ialah untuk menunjukkan apa yang ada pada baju. Corak, kedut ke tak, warna apa, match tak dengan warna kulit. Walaupun saya tengok di luar sana kebanyakkan shoot lebih pada muka. Kalau cantik muka model tu, maka dikatakan cantik lah bajunya. Saya fikir itu salah, jadi saya bawa kelainan. Gambar-gambar ni sepatutnya dibantu menggunakan Reflector bagi mengelakkan bayang yang jelas pada muka. Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan perkhidmatan AAMP, harga untuk 1 pakaian/tudung ialah RM45 (without assistant) atau RM60 beserta assistant untuk 1 baju/tudung. Normal price diluar adalah sekitar RM60-80 utk 1 pakaian. Assistant ini nanti yang akan pegang reflector. Berikut di antara beberapa puluhan gambar yang saya shoot untuk lebih kurang 12 pasang baju. Masa shoot ni panas terik dan amat penting kerana saya perlukan lighting dan shadow yang cukup untuk gambar ini.
Untuk gambar terperinci, klik pada gambar yang dipilih 😀