KAIN | Pret-A-Porter

April 18th, 2017
|

Berita gembira buat semua peminat Datuk Rossa. Anda bukan sahaja boleh mendengarkan suara merdu milik penyanyi yang berasal dari Indonesia itu tetapi anda juga boleh mendapatkan busana jenama Datuk Rossa sendiri.

Datuk Rossa telah melancarkan koleksi jenama fesyennya yang tersendiri iaitu KAIN. KAIN kini secara rasminya boleh didapati di gedung fesyen multi-labels Pret-A-Porter, G Village sejak awal tahun ini di atas permintaan ramai.

Pret-A-Porter telah mengadakan sebuah majlis pelancaran ringkas yang turut dihadiri oleh penyanyi pujaan ramai berkenaan, Datuk Rossa dan disaksikan oleh barisan peminat setianya.

Majlis itu juga turut dihadiri oleh para jelitawan ‘social media influencer’ tempatan yang sering kali mewarnai dunia digital sambil menggayakan rekaan KAIN. Antara ‘social media influencer’ yang hadir adalah Emma Shazleen, sosialis fesyen ikon yang sering menggayakan fesyen yang sentiasa mengikut perkembangan fesyen industri tanahair dan juga fesyen terkini di luar negara. Model Muslimah yang jelita, Adiela Safiyyani yang mempunyai citarasa fesyen yang bercirikan kesopanan bersesuaian dengan keterampilannya yang berhijab atau lebih terkenal dengan fesyen hijabista.

Kegembiraan itu pastinya lebih dirasai oleh Pengarah Kreatif Pret-A-Porter, Puan Shafiza Dato Abdul Rahman kerana berjaya membawa KAIN ke dalam gedung fesyen pilihan ramai itu. – Sumber: Jelita (www.jelita.com.my)

Address:
Pret-A-Porter Boutique Store,
Lot F-12, G Village, Desa Pandan,
55100 Kuala Lumpur, Malaysia

more info in : Pret-A-Porter






Leave a comment:

Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: